Saturday, August 20, 2016

A New Life

Assalamualaikum,

I've been away quite a long time and did not update my blog too since I was so busy (before raya) with practical and thesis. Thank to god I managed to finish and hand it on time. Actually lagi 2 hari nak raya submit complete thesis. Memang jiwa gila teruk masa tu sebab terkejar-kejar. Even coordinator cakap boleh je submit after raya but NOPE! Aku kena hantar jugak on that particular date. Yeah that's me. Kerja kena siap on time! 

Alhamdullilah everything went well. Thanks to Miss Nani which is my lovely supervisor. Garang tapi baik coz I know she wants the best for us. Korang nak tips viva tak? if nak comment down below okay. but tips biasa je pun haha. Nothing special.


Actually result for this last pengajian dah keluar pun hahaha. Alhamdullillah merasa la jugak 4 flat LOL padahal 1 subjek je pun which is thesis but hello sakit jiwa ok sebab aku jenis tak suka research. So, it still tough for me. Lain orang lain rasa. *ahh taknak bayang waktu perit*. Right now tak buat pape. Cuma nak apply kerja yang sesuai dengan diri ini. Aku tak suka marketing tapi aku major in marketing. you know what, apa aku belajar tu macam tak relevan dengan dunia kerja. Tak guna pakai pun. So aku nasihatkan, jangan berharap lebih or expect bahawasanya apa you belajar then you nak kerja dalam field tu jugak. But it depends dekat diri you. if you suka, just stick la. 

Sekarang ni masuk fasa pekerjaan pula. Pressure dia lain macam sebab kau fikir " Alamak aku kena cari kerje, membe aku dah banyak kerja ni". Yes people, pressure sebab orang pulak. Aku cuba untuk chill sambil minum air kelapa dan fikir tu semua rezeki masing-masing. Sebab apa? Sebab aku tak apply kerja lagi, so macam mana offer nak datang HAHA. 

Sebenarnya takut jadi orang dewasa. Sumpah takut, Takda orang nak spoon-feed kau lagi. NOBODY. Kau nak minta duit dekat mak ayah pun akan rasa segan. Dah besar panjang wei. Kena cari duit sendiri. Aku pun dah bersedia kalau susah nak dapat kerja sebabnya aku hadapi waktu yang teruk masa nak cari tempat practical. Susah nak mati sampai nangis sorang-sorang. Memang last minute gila. Bayangkan waktu tu tengah exam dan kau tak dapat tempat practical lagi. Serabut gila. Tapi yang manisnya, rupanya yang lambat tu baik. Aku dapat tempat yang sangat dekat. 5 minit dah sampai office. HAHAHA. tapi pahitnya ada jugak which is aku tak boleh cerita. 

  
  
 Rasa nak buat ucapan dekat diri sendiri:

"Tahniah wani sebab berjaya habiskan pengajian walaupun kau tak rela/ ikhlas lansung waktu tu. Hidup universiti tak berapa indah tapi alhamdullah dah habis. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kau even kau belum nampak lagi sekarang ni. Aku harap kau tabah hadapi cabaran seterusnya sebab selagi kau berada dekat bumi ni. Selagi itu cabaran takkan putus. InsyaAllah akan ada manisnya suatu hari nanti" 

Thursday, May 19, 2016

Apple Cider Vinegar/ Cuka Apple: as toner to kill acne

Assaalamualaikum,

Hye my dear readers, tetiba ada mood rajin lah nak update blog ni haha, but ada lagi ke baca blog aku nih? Cuba hampa comment sikit! Malu? it's okay watpa nak malu hihihi.

So currently I'm working on my thesis, dah habis practical dan berjaya menternak lemak dengan jayanya, still single, 23 and seorang yang boring! but still suka makeup + fashion yang kadang-kadang towards boy-ish kinda look, kadang-kadang insaf jadi perempuan pakai skirt. Yeah kekeliruan identiti! Tahniah kerana dapat faham apa aku type! hahahaha.


Regarding cetaphil and tidact topics, I AM NO LONGER USING CETAPHIL. Why? Actually tiada sebab it just that aku cepat boring so kena tukar-tukar! Currently i am trying new scrub in order to cure my acne. HMMM so far ok lah. I am satisfied! Wanna know? gtau nanti iols update tapi tak janji bila, sebab aku update blog bila ada mood! Tapi rasa nak share lah since i know having acne at the age of 20++ is not cool okay! macam aku dah umur 23 still berjerawat. Kadang-kadang acne keluar melampau. Entah hormon tak stabil ke/ salah makan ke/ stress ke. Atau kesemua faktor tu.

Recently, aku just figured out yang aku sebenarnya allergic with dairy products which it is my favourite! it started to breakout after i ate banoffee pie! argghhh tapi aku telan jugekk! if you guys wanna know whether aku berjaya atau tak get rid of my acne? jawapan dia ada good and bad day la. Sometimes okay, sometimes nauzubillah sabar jelah. Silap makan memang terus naik macam-macam!


Sekarang i just try any products or remedies unutk kill acne. Which is aku try apple cider vinegar. At first macam uishh tajam kot tapi bila keadaan menekan tertekan dan ter ter lain... aku pasrah lalu terus sapu dekat muka! Bau jangan cakap la memang busuk, but what to do i dont have any other choices. gamble jelah kiranya. So I did some small research dekat youtube regarding the benefits of ACV untuk bagi confident dekat diri. I did notice some changes which is jerawat cepat kecut dan masak!  but please jangan sapu kalau luka, maunya mengelupur nanti >.<"


Macam mana guna ACV?
Tuang dalam botol yang senang korang nak guna, beli je dekat Mr DIY belambak. Then tuang acv separuh botol then mix it with water sampai penuh. campur dengan air sebab takut pedih. Kalau taknak hmmm gua tak jamin! haha.

Usually aku sapu dekat muka bila dekat rumah and malam before tidur is wajibbbbb. Biar kering then kalau nak sapu tidact or any night cream sila teruskan.

Selamat mencuba! nanti gtau feedback dekat sis okay! Or nak share apa-apa tips pun okay ^_^

Sunday, September 20, 2015

A review: Nivea Pure & Natural Cleasing Face Toner

Assalamualaikum..

Good evening everybodehh. This beautiful evening (not really, still jerebu) i would like to share my very first toner (lame me). Macam mana hati tergerak nak pakai toner? well to be honest i am very scared when it comes to toner, before this I always think that toner is very harm to your skin because the ingredients itself yang bau mencengkam hidung. Baru bau dah sakit hidung then you expect me to sapu on my face? BIG NO!..no way. But this Nivea toner has changed my perception towards toner  (big applause). FYI, this is not a sponsored product or etc, this is just my story :).


If you look at the ingredients, semuanya dia guna benda organic. I'm a organic freak tehee. since my skin is sensitive so it's a big yay for me to try. Actually ada orang recommend this toner to me if tak aku pun tak tahu wujudnya toner ni HAHA.

bestnya toner ni:
1.dia tak menyakitkan or pedih
2.tak rasa menyengat or tak selesa after sapu
3. it is organic
4. the price is affordable and mampu milik untuk student, around RM 15 ++
5. bau wangi lembut tak sakitkan hidung

Makanya dengan ini cuba la, anda takkan menyesal :D

Tuesday, August 4, 2015

oh Hai!

Assalamualaikum..

So hari ni dah hari kedua bebas daripada finals oyeahhh..I know i'm the last one yang habis exam. UiTM kan selalu jadi paling last compared to other universities, but it's okay. I feel really happy sebab berjaya habiskan exam tanpa gangguan emosi (ok ada sikit). This sem is really tough since dah second year kan, so banyak paper yang 4 credit hour. Harap lulus semua jela even rasa takut dengan satu paper ni. Jangan kantoi oiii T_T. I already did my best and the rest I will just leave it to Allah. Tawakal beb.

Tup tup dah habis second year wowww...rasa macam baru je masuk dengan tanpa rela hati tetiba dah ehh nak masuk sem 5 dah. excited plus takut bila fikir habis je belajar nak masuk alam pekerjaan pulak. About master, maybe akan sambung since mak berharap aku sambung direct. Dia takut if aku start keje, aku dah malas belajar. apatah lagi kawen memang terus tak belajar. itu yang dia takut lah. Aku pulak rasa macam Ya Allah azabnya sem ni, rasa dia macam dah final year kot. Serabut dengan research. Tak cukup tido tu jangan cakap la, memang lumrah orang belajar kan. aku manage masa memang ngam untuk buat keje waktu malam. Tapi takpe, sedapkan hati nanti sem 5 relax skit, no more research.....tapi....sem 6 ada untuk viva. ahhhh fikir kemudian :P.

hmm what else?? oh pasal visitor yang leave all the comments tu, nak cakap sorry sangat because i rarely open my blog. sometimes terlupa HAHAHA but hey I do reply cuma lambat skit hihi. so yeah that's all kot.

Dengan rasminya aku nak umumkan hang dah habis second year hurrayyy.. one year to go for graduation InsyaAllah Amin :'D

Wednesday, April 22, 2015

about tidact again

Assalamualaikum...

Dah lama tak jenguk blog ni. Kadang-kadang terlupa kewujudan blog hehe sebab sibuk dengan belajar. Alhamdullilah sekarang dah semester 4, kalau semua ok insyaAllah next year habis la belajar ni. Harap dapat habis belajar on time amin.

Pasal bab blog, wani banyak dapat feedback pasal gel jerawat Tidact. For your information, Tidact tu bagus untuk jerawat, tak kira la teruk mana pun. Wani suggest tidact ni bukan dapat duit pun tapi cuma nak share apa yang Wani guna untuk atasi masalah jerawat. Tapi tidact ni ambil masa jugak depends jenis kulit. Untuk wani muka jenis jerawat halus aka pasir, about a month baru nak okay TAPI kena DISIPLIN sapu every night. Sesetengah ubat yang bagi kesan cepat ni kadang-kadang bahaya, tapi dengan tidact ni insyaAllah okay. Lagi pun tidact ni ubat terkawal, kena minta dekat kaunter farmasi sebabnya dorang simpan dalam cermin. Harga maybe dah naik, dulu wani beli ada yang RM 13, RM 16.. Ada yang beli dekat klinik, doctor jual sampai RM30  ++. Oleh itu jadilah pengguna yang bijak HAHA, survey dulu banyak tempat then baru beli.

Kalau nak sapu tidact, waktu jerawat agak-agak baru nak naik manja-manja tu terus sapu. Esok bangun dia dah kecut and terbantut nak tumbuh hihi. Kadang-kadang dia masakkan jerawat tu sampai naik nanah, So, picit terus jerawat tu dengan besi buang blackhead. Besi tu boleh je beli dkt watson/ guardian, tesco or mana-mana lah mesti ada punya. Picit dengan tu parut tak lekat, kalau picit guna kuku lekat.

  

So far diri ni terlupa nak sapu, perasan kulit dah licin, but then bila naik banyak-banyak tanpa sedar baru gelabah nak sapu balik. Almost 1 year and a half , I am still loyal to tidact sebab tak jumpa produk lain yang bagus dari ni.



That's it fow now, anything tanya lah, I will response to your questions tapi lambat sikit la hihi. Bye


Monday, December 22, 2014

Musim stress

Assalamulaikum,

Hello semuanya. Sekarang musim exam, makanya banyak pula jerawat naik. Kalau dah belajar tu memang tak boleh lari, mungkin hormon budak belajar kot. Sekarang dah masuk study week, tapi studynya ke laut since aku balik rumah kejap sebab rindu hihi. Esok dah nak balik kolej, mungkin boleh focus untuk final. Oh yaaa, kejap je dah nak habis sem untuk semester 3 ni. Dugaan pun boleh tahan, time nak exam jugak la screen phone retak. Sabar jela. Tunggu habis exam baru nak usha yang baru. Kononnya nak cuba hidup without internet untuk sebulan ni. Harap-harap boleh la survive HAHA.

Takda idea nak tulis apa. Wani chaww dulu

nota kaki: doakan saya untuk final & moga result gempak dari last sem amin!!

Wednesday, August 27, 2014

Review: The Most Effective Product For Acne. YEAYYY

Assalamulaikum,

Hye everyone, it has been a long time i didn't post anything, the last time was on august 30, 2013. Woww almost a year HAHA. I am sorry guys because i was really busy with studies, and the internet connection is really sucks.

So, what's up guys?? actually cuti sem yang kedua dah nak habis and currently i am working as a shop assistance dekat kedai bakery. MasyaAllah macam-macam kerenah customer yang aku jumpa. Saje keje suka-suka isi masa, dari duduk rumah ternak lemak, ada jugak duit masuk altho penat but worth it. hihi. Ok la enough about me, cerita lain, tunggu next story. insyaAllah.

Back to the topic, actually I nak share one product yang sangaaaatttt best untuk jerawat. I can't wait to share it with u guys but to find the right time is just susahnyaaa.  Sekarang ada masa so why not type kejap before tidur hehe.

Before this i shared a product which is cetaphil right? The truth is i am no longer using cetaphil, the product is good but lambat and saya jenis orang yang tak sabar nak muka clear umpama laut maldives! Dah banyak tukar-tukar product, guna Simple la, Nu Teen la, Himalaya la and bla bla bla. hah kesian muka aku, dah macam-macam chemical kena hadap. Sekarang ni, Wani just guna pencuci manggis safi and the magic product. jeng jeng jeng. Product apa tu? kihkihkih

Memperkenalkan Tidact, yeah I am loyal to tidact almost a year. It never let me down and yes it works best for me and my friends. Mulanya aku pakai tidact when i met my best friends masa sem 1, muka dia gila flawless. she told me dia cuma guna tidact, and that time aku macam yeke? boleh percaya ke? dah banyak product aku guna, so nak percaya tu macam hmm. So aku pun cuba nasib nak try, one week memang tak nampak kesan lansung, dalam hati macam ' hmm tak menjadi pun, tak sesuai dengan kulit kot'. every night buat routine yang sama, before tido cuci muka and sapu tidact. One day tengah lepak dengan housemate, dorang tegur, ' eh muka wani dah clear la! parut dah takde! dulu ada jugak nampak muka wani ada parut jerawat halus-halus dekat pipi' . That time i just realised! IT WORKS FOR ME! behehehe. Mula la dorang pun nak cuba, and tanya mana beli. Siap pesan suruh belikan.

If you guys wanna know, gel tidact ni ada jual dekat farmasi. So far dekat watson or guardian takde. Harga pun murah, mampu milik dalam RM 16. Kalau dekat penang, ada yang jual RM 13.9 tapi dekat mana wani dah lupa, queensbay kot kalau tak silap. Tak kisah la berapa pun, memang gel ni menjadi dengan izin Allah hehe. Wani dah pernah cuba benzoyl peroxide yang memang seksa sakit. Kesian kulit T_T. Masa tu kira waktu kemuncak muka tengah teruk, memang redah je asalkan jerawat hilang. I took some supplements tapi sampai bila nak depends on it kan. Alhamdullillah, after kawan Wani suruh cuba, muka getting better and parut pun hilang. Yes! parut boleh hilang kalau sapu every night! Yang penting dia murah and tak sakitkan kulit muka. tapi jangan sapu tempat yang luka, of course la akan pedih.

although Tidact ni ada paraben, tapi i think cuma sapu dekat tempat jerawat, so selamat lagi. Dari consume apa benda supplements yang kita tak tahu berapa banyak chemical dalam badan. Takut kesan waktu tua jela. Badan nak guna lama kan? Oh ya, besides wani guna tidact, wani guna jugak himalaya untuk prevent acne. Pun bagus jugak. Dalam satu sem, Wani cuma  guna sebotol sampai dekat habis sem. Memang jimat la, sebabnya cuci muka cuma 2 kali sehari, based on the article yang wani terbaca dulu, muka tak boleh cuci banyak kali, cuma dua kali sehari saje, nanti terlalu kering, mula la kulit nak bermasalah. Another info is, untung orang yang kulitnya jenis berminyak sebab lambat nampak tua or berkedut nanti hehe ^^.


this is Tidact! the magical gel ever hihi :)

Mula-mula wani sorang guna, and now semua roommate pun guna sekali. I am happy tidact dapat bantu. But kena sabar la sayang. biar lambat asalkan berkesan untuk jangka masa panjang :').


Nama : Tidact 
Harga: Dalam lingkungan RM 16 -17
Boleh beli dekat any farmasi, kalau tak tahu nak sebut just tunjuk gambar kotak dia okay!

gambar semua daripada ehsan mr.google

muka dulu after habis stpm







 without makeup masa sem 1


latest face of mine masa last sem
 mak aii bulatnya pipi, hipotesis baru " makin naik sem, maka makin naik berat badan'


last sem
Ini dia bukti yang menunjukkan tidact sangat berkesan. Masalah jerawat setel, sekarang ni masalah dark circles pulak, someone tahu product apa yang bagus untuk dark circles? do share with me okay. Dark circles memang akan naik especially musim exam, memang tak boleh nak elak la kan dah kena study sampai lewat malam T_T


Pesanan akhir from me, cuba la tidact tu, confirm tak menyesal. Wani ikhlas share benda ni sebab nak tolong girls out there yang runsing nak muka clear. Ada jerawat malu kot. 

 Good Luck :)