Thursday, March 14, 2013

Panjangkan bulu mata dan kening

Assalamualaikum...



Zaman sekarang ni semua perempuan nak cantik. Ada yang sanggup pakai false eyelashes 24/7 hours, ada ke? haha mesti ada punya kan :P. Benda yang Wani nak bagitahu ni maybe ada yang dah tahu, so bagi yang tak tahu tu boleh la cuba hihi. For girls yang suka melembabkan bibir, or kawasan-kawasan yang kering tu, mesti ada benda ni iaitu vaseline! Vaseline ni boleh dibeli dekat watson, gaurdian, or farmasi. Harga dalam RM 5 ke bawah. Hehe tak ingat pulak harga dia yang betul tu :P. Vaseline ada dalam botol kecil and besar.

Before ni selalu Wani guna untuk lembabkan bibir je sebab bibir Wani lately jadi kering and merekah. Puncanya sebab kurang minum air la ni. Kalau rajin Wani sapu la atau bila-bila wani teringat. Biasa la manusia selalu lupa :D. Back to the topic just now, sesiapa yang nak lebatkan bulu mata or kening. korang boleh sapu vaseline dekat tempat-tempat yang korang nak tu. Bagi kawasan mata, korang sapu secara lembut ke arah atas, bagi la kena dekat akar bulu mata tu.

Bagi kening pulak, korang just apply dekat kening macam biasa. Buat la tiap-tiap hari. Wani dapat tips ini dari Youtube. Well dekat youtube ni banyak ilmu-ilmu macam tu HAHA. Tapi Wani macam ragu-ragu nak buat sebab macam tak percaya. Results dia I'm not sure, depends terhadap berapa kerap korang sapu. Wani sapu dekat kening, memang nampak hasil dia panjang sikit, thus ia melebatkan keningku hihi. However, biasa la manusia macam Wani cakap tadi, bila rajin or teringat baru sapu. Selalu terlupa :(.

Satu lagi tips reckless untuk panjangkan bulu mata ialah dengan GUNTINGKAN sikit bulu mata tu. WAHAHAHAHA yeah I know it sounds ridiculous. Wani buat ni masa form 4 or 5, sejurus kawan bagi tahu pasal cousin dia buat. Wani pun cuba. And it Works for me :D. Tapi bahaya la, takut tercucuk kena mata ke apa. Tak pasal-pasal buta lulz. Bagi yang ada shaking hands tu. Tolong jangan buat! Kang benda lain pulak jadi. Kalau rasa tak yakin. Please don't do it!!!!!

Tak sangka selain melembabkan, vaseline juga boleh panjangkan bulu mata and kening :).


The power of vaseline!

So, selamat mencuba and part gunting tu sila fikir 1000 kali lulz :P. Sebarang masalah tanggung sendiri lulz. EEHHH wait, ada lagi kegunaan vaseline yang korang maybe tak tahu. Nak tahu apa dia? wait for the next entry. Chaww ;)





2 comments:

  1. bpe lme ea hasilnyer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure hehe, tapi sapu je every night akan nampak kesan

      Delete