Tuesday, March 12, 2013

Potong kuku?

Assalamualaikum...

Hello hari ni Wani nak share something pasal hari sunat nak memotong kuku. Haaa rupanya ada jugak bab dalam nak potong kuku ni. Wani pun baru je dapat tahu last year then baru terfikir nak jadikan entry untuk blog. Before ni Wani main potong je. Benda ni sunat, kalau kita buat dapat pahala, kalau tak buat, takde la pahala tu. So, hari yang terbaik untuk potong kuku ialah hari Isnin, Khamis, dan Jumaat. Hari lain pula boleh tengok explanation kat bawah:


Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Satu lagi yang Wani musykil, ada kawan Wani cakap kalau bagi perempuan yang tengah ABC tu, tak boleh potong kuku sebab nanti dekat akhirat dia akan datang dekat kita dalam keadaan hadas besar la. Then sampai sekarang ada cakap boleh, ada cakap tak boleh potong. Bagi Wani rasa tak boleh sebab kita dalam keadaan hadas dan ia perlu dibersihkan dulu. Lepas tu,Wani terjumpa video ni :

 Jadi segala persoalan dah terjawab hikhik :D

Selain itu, ada jugak potong kuku cara sunnah Nabi macam gambar dekat bawah ni. Tapi Wani main potong je sebab lupa mana satu nak mula dulu hekhekhek. Zaman sekolah menengah ada jugak taruh kuku panjang, tapi sekarang ni kalau panjang sikit terus potong sebab rimas. Lagi pun tak elok simpan panjang, banyak kuman celah-celah kuku tu.


Itu saja perkongsian untuk hari ini. Happy reading dan selamat beramal.










No comments:

Post a Comment