Thursday, January 31, 2013

Back to Basic Untuk Muka Berjerawat

Assalamualaikum...

Hari ni bangun entah kenapa rasa lain macam. Tak macam sebelum-sebelum ni rasa lembik je, maybe sebab tidur cukup :). Walaupun tidur tadi mimpi pasal plkn tapi benda tu tak merosakkan mood pun hihihihi. Itu yang rasa ajaib. Hari ni bangun terus pegi mandi, kalau tak macam hari-hari lain akan turun bawah dulu, on laptop, bukak fridge and bla bla bla....

Maybe ada sampuk yang masuk dalam badan (hahaha) sebab rasa rajin :D. Oh ya semalam terjumpa satu web pasal penjagaan muka yang berjerawat. Web tu dia ajar kita cara jaga muka macam back to basic. Agak menarik sebab dia ada bagi tahu produk apa yang perlu guna bagi muka yang berjerawat. Sebelum ni Wani tahu kita tak boleh cuci muka lebih daripada dua kali, or else muka kita akan jadi kering. Bila kering akan jadi more breakout. It takes time but worth it. Kita jugak perlu sabar jaga muka. So it's like motivate me to keep on jaga muka :D.

Jadi Wani rasa sebab itu kot mood bangun pagi jadi lain. web ini yang yang terjumpa semalam klik sini.

Ok dekat situ dia ada ajar cara nak membasuh muka dengan produk yang perlu kita guna.

first:
Kita basuh muka macam biasa dengan air.

second:
Lepas habis mencuci dan keringkan muka, kita perlu sapu benzoyl peroxide 2.5 % sebab kalau yang 5% or 10% kulit akan jadi sangat kering. Maybe akan jadi benda lain pulak. So, 2.5 dan cukup. Kalau 2.5 % takda boleh guna 5% saja. Sapu dengan lembut dan jangan TONYOH dengan kuat! biarkan kering.

third:
Kena sapu moisturizer. Moisturizer dia membantu lembabkan kulit sebab benzoyl peroxide 2.5 % tadi apabila disapu akan buat kulit kita jadi kering. Jadi langkah ketiga ini amat penting. Jangan risau nak guna pelembab apa sebab di web itu akan tersenarai produk-produk yang sesuai untuk muka berjerawat.

Ok, sekarang ni Wani dah guna cetaphil, apa yang belum ada ialah benzoyl peroxide. Baru Wani teringat, dulu masa nak beli cetaphil, dekat sebelah tu ada benzoyl peroxide, Wani dah pegang tapi tak tahu dia berkesan ke tak sebab ada review informed benda tu tak elok. Maybe it depends on certain people. Jenis kulit berbeza jadi akan tunjuk reaction yang berbeza jugak. Kalau boleh guna product yang non-comedogenic dan fragrance free.

So apa tunggu lagi, maybe boleh cuba dan diweb tu tulis akan dapat tengok hasil dalam masa tiga or empat bulan kemudian. Like I said before, when it comes about skin health, penjagaan badan kita kena sabar. Sabar itu kan separuh daripada iman :)

Nak tahu produk apa yang perlu guna, sila click web di atas itu. I just wanna share whatever knowledge I knew with everybody. Maybe it can membantu sedikit sebanyak.

Kalau dah hilang semangat, tengok gambar yang kulit cantik. Nanti naik semangat balik :PP


Happy reading dan cuba tau! :D

No comments:

Post a Comment