Actually nak bagi sedikit tips la pasal cara belajar bagi orang yang suka belajar last minute macam saya :D HAHA. Well, habit ni memang tak boleh dibuang until sekarang, agaknya memang ni cara wani untuk buat revision kot :P. Selalunya 2 / 1 weeks before exam baru akan start baca, bagus tak? haha
tips-tips adalah seperti berikut :-
- Kalau nak baca buku teks memang sakit sebabnya buku tu tebal, tapi bagi wani, wani tetap akan refer buku teks. Sebab?? wani rasa banyak maklumat boleh dapat berbanding baca nota-nota kecil. Bila dah dapat sikit ilmu tu baru refer nota.
- Jangan gelabah sangat time membaca/ menghafal. cuba relax dan fahami apa yang dibaca.
- Memandangkan masa dah tinggal sikit. So, gunakan masa dengan maksimumnya! kalau rasa-rasa tak boleh tido tapi gatal jugak nak tido awal, kan lebih baik kalau buka buku? :). Bagi wani lah, kalau baca dekat-dekat ngantuk then bila bangun pagi, sedikit sebanyak apa yang dibaca tu boleh juga ingat.
- kurangkan waktu tido. maksudnya di sini, jadi kelawar untuk buat revision. wani sanggup bersengkang mata asalkan dapat habiskan certain topics. Wani tahu benda ni tak elok tapi apakan daya terpaksa juga buat. secara tak lansung dah buat penderaan kepada otak sendiri. Syukur otak ni belum mogok..ngeh2 ^_^''
- lastly, tawakal...tawakal..tawakal..jela lepas dah baca sebabnya ini semua berpunca daripada diri sendiri yang tak serik-serik :P
Kekadang kita lupa yang waktu tu bejalan dan mulalah rasa stress. Kawan-kawan memang banyak membantu waktu ini sebab diorang akan cuba tolong kita. Seorang kawan wani ada pesan 'berjuang habis-habisan selagi ada masa sebab benda tu belum start :)'. Walau macam mana pun, kita kena juga ubah diri kita sebab orang lain tak dapat tolong kita, kita kena tolong diri sendiri :). Oleh itu renung-renungkanlah
ini bukan gambar wani :P hahahaha
No comments:
Post a Comment