Monday, February 20, 2012

Hmmm~

Assalamualaikum dear readers sekalian ^_^
sekarang ni, problem dah banyak timbul semenjak menjadi warga upper six :P. Tak tahu nak mula daripada mana dan tak tahu nak cerita dekat siapa dan benda ni menjadi beban dekat diri aku disebabkan aku rasa orang tak akan faham........faham?? HAHAHA >.<

Baiklah, aku rasa, aku yang pilih hidup macam ni sebab pada awalnya aku buat pilihan untuk masuk form 6 walaupun dapat tawaran uitm tapi aku tolak dan tolong jangan tanya kenapa :). Memang tidak dinafikan, hidup kat form 6 ni mencabar. HAH!!! bagi adik-adik yang bakal dapat results SPM, sila fikir banyak kali sekiranya korang BERCADANG untuk masuk FORM 6. Alhamdullillah dari segi belajar memang ok dan kena tingkatkan prestasi dari masa ke masa then baru la rasa nikmatnya belajar yedak? untuk nak me-maintain-kan prestasi itu yang susah. Kalau rasa diri tu betul-betul rajin maka silalah masuk form 6 kalau hanya suam-suam kuku tu boleh jugak masuk tapi untuk dapat result gempak tu faham-faham la ehh hekhekhek

Perasaan aku sekarang ni memang stress gila dengan assignmentnya, research lagi, latihan sukan lagi lagi lagi dan lagi. Aku rasa aku boleh buat stpm tapi dalam masa yang sama aku rasa takut. Disebabkan tu mood aku always moody je. Aku aim memang tinggi sebab bagi aku inilah last untuk aku sekolah sebab lepas ni dah memang takde istilah sekolah. Aku jadi bertambah tertekan bila cikgu letak harapan tinggi dekat aku. Aku takut kalau aku tak dapat capai apa yang cikgu-cikgu aim. You guys faham tak apa wani rasa??

Masa memang cepat berlalu sebab sekarang ni dah pertengahan bulan february. Lagi beberapa bulan je lagi huwaaaaa :'(.... benda ni penting sebab penentu hidup aku. Aku cuba bahagikan masa untuk rehat dan belajar, although memang sedar sekarang ni memang tak cukup rehat..masa untuk diri hanyalah sabtu dan ahad..itupun kalau takde assingment. kalau ada! hahh sampai ke pagilah menghadap kertas dan pen. 

Whatever it is, aku akur dengan keadaan ni sebab aku yang pilih untuk jadi macam ini. Bila aku rasa down, aku akan cakap kat diri aku " sabar, cuma beberapa bulan je lagi " sebab bagi aku, aku percaya kalau kita dah usaha yang terbaik, pasti Allah akan tolong kita tapi sebelum itu, kita kenalah tolong diri kita dulu. Aku bukan jenis putus asa. Walau seteruk mana pun, aku akan buat jugak.. itu prinsip aku!! 

Apa yang aku perlu sekarang ni, cuma sabar dan tak payah fikir benda remeh-temeh. Syukur ada kawan yang boleh tolong time kita susah dan boleh bagi nasihat bila sedih. Aku kena kuat semangat!! tak boleh tunjuk diri lemah walaupun dalam hati ni Allah je  tahu apa yang aku rasa dan risaukan. Permudahkanlah urusan aku Ya ALLAH

p/s: seriously, aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku, rasa macam dah hilang sifat aku yang sebenar, cepat sangat sensitif wuwu T_T..aku rasa nak jadikan blog berhabuk ni as tempat aku melepaskan masalah :D

2 comments:

  1. As'salamualaikum , saudari moga ALLAH permudahkan urusan saudari . InsyaALLAH , usaha , doa dan tawakal . ALLAH PASTI BANTU . Semangat dah ada dah ! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, terima kasih sebab sudi mendoakan wani :)

      Delete