Saturday, August 20, 2016

A New Life

Assalamualaikum,

I've been away quite a long time and did not update my blog too since I was so busy (before raya) with practical and thesis. Thank to god I managed to finish and hand it on time. Actually lagi 2 hari nak raya submit complete thesis. Memang jiwa gila teruk masa tu sebab terkejar-kejar. Even coordinator cakap boleh je submit after raya but NOPE! Aku kena hantar jugak on that particular date. Yeah that's me. Kerja kena siap on time! 

Alhamdullilah everything went well. Thanks to Miss Nani which is my lovely supervisor. Garang tapi baik coz I know she wants the best for us. Korang nak tips viva tak? if nak comment down below okay. but tips biasa je pun haha. Nothing special.


Actually result for this last pengajian dah keluar pun hahaha. Alhamdullillah merasa la jugak 4 flat LOL padahal 1 subjek je pun which is thesis but hello sakit jiwa ok sebab aku jenis tak suka research. So, it still tough for me. Lain orang lain rasa. *ahh taknak bayang waktu perit*. Right now tak buat pape. Cuma nak apply kerja yang sesuai dengan diri ini. Aku tak suka marketing tapi aku major in marketing. you know what, apa aku belajar tu macam tak relevan dengan dunia kerja. Tak guna pakai pun. So aku nasihatkan, jangan berharap lebih or expect bahawasanya apa you belajar then you nak kerja dalam field tu jugak. But it depends dekat diri you. if you suka, just stick la. 

Sekarang ni masuk fasa pekerjaan pula. Pressure dia lain macam sebab kau fikir " Alamak aku kena cari kerje, membe aku dah banyak kerja ni". Yes people, pressure sebab orang pulak. Aku cuba untuk chill sambil minum air kelapa dan fikir tu semua rezeki masing-masing. Sebab apa? Sebab aku tak apply kerja lagi, so macam mana offer nak datang HAHA. 

Sebenarnya takut jadi orang dewasa. Sumpah takut, Takda orang nak spoon-feed kau lagi. NOBODY. Kau nak minta duit dekat mak ayah pun akan rasa segan. Dah besar panjang wei. Kena cari duit sendiri. Aku pun dah bersedia kalau susah nak dapat kerja sebabnya aku hadapi waktu yang teruk masa nak cari tempat practical. Susah nak mati sampai nangis sorang-sorang. Memang last minute gila. Bayangkan waktu tu tengah exam dan kau tak dapat tempat practical lagi. Serabut gila. Tapi yang manisnya, rupanya yang lambat tu baik. Aku dapat tempat yang sangat dekat. 5 minit dah sampai office. HAHAHA. tapi pahitnya ada jugak which is aku tak boleh cerita. 

  
  
 Rasa nak buat ucapan dekat diri sendiri:

"Tahniah wani sebab berjaya habiskan pengajian walaupun kau tak rela/ ikhlas lansung waktu tu. Hidup universiti tak berapa indah tapi alhamdullah dah habis. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kau even kau belum nampak lagi sekarang ni. Aku harap kau tabah hadapi cabaran seterusnya sebab selagi kau berada dekat bumi ni. Selagi itu cabaran takkan putus. InsyaAllah akan ada manisnya suatu hari nanti" 

2 comments:

  1. goodluck for ur future! btw sy dulu student uitm.. course finance.. blogwalking here =)

    ReplyDelete