Assalamualaikum...
Aku tahu tak mudah untuk ada hidup yang sempurna. Aku dah dapat keputusan upu, dah dapat universiti tapi lepas tahu terus nangis. Kawan lain yang dapat semua happy. Patut aku tak dapat tidur nyenyak, sebelum keluar keputusan. Rupanya berita.... Aku rasa berdosa sebab tak bersyukur dengan apa aku dapat. Jauh sudut hati mengharapkan benda lain. Salah aku, salah aku sebab terlalu berharap! Diri mula terasa bodoh. Yeah aku bodoh. Mungkin bodoh buat keputusan. Aku rasa dah sesat. Tiada jalan nak tuju. Tiap-tiap hari bersedih. Sampai bila?
Aku dah terima, tapi hati tetap rasa.... tak rela. Tanya pendapat kawan, ada yang cakap bersyukur sebab terpilih. Ada yang cakap jangan, nanti rugi sebab tak minat! Aku nak buat macam mana?? Aku tersepit tengah-tengah!! Cuba ikhtiar benda lain, tapi tak dipersetujui :(. Aku buntu, aku keliru, aku sesat. Tolong bimbing aku... Ya Allah, hebat ujiannya. Sanggupkah aku hadapi semua ini? Aku rasa tak semua memahami apa aku rasa. Tak mengapa, aku taknak susahnya orang. Biar diri sendiri tanggung. Sampai bila mesti begini? Bila waktu untuk kembali ceria semula?
No comments:
Post a Comment