Wednesday, March 13, 2013

Hala tuju selepas SPM

Assalamualaikum...

Ada sedikit perkogsian yang akak nak kongsikan kepada adik-adik yang bakal mendapat keputusan SPM tidak lama lagi. Harap ia dapat membantu sedikit walaupun tak banyak hehe. Entry kali ini Wani bahasakan diri sebagai 'akak' sebab mungkin yang akan baca ialah adik-adik yang mencari motivasi atau hala tuju selepas SPM.

Sejurus selepas habis SPM, bulan Januari dan Febuari cuma duduk dekat rumah membela badan hehe. Bulan March selepas birthday terus minta kerja dekat kedai roti. Dalam bulan March la baru agak sibuk fikirkan masa depan. Kos apa nak ambil nanti. Akak memang suka benda-benda deco ni macam hias rumah, bina-bina bangunan. Game yang akak paling suka main since kecil pun game The Sims. Bahkan sampai sekarang pun still main game tu, although ada kawan akak cakap game tu bosan, tapi whatever gua tetap minat hihihi. Lepas balik kerja, akak akan search pasal kos-kos yang best macam interior design la, architecture la, macam-macam. Walaupun balik kerja pun dah pukul 11 malam, tapi tetap buat jugak sebab nak isi borang upu yang dah nak habis tarikh tutup.

Lepas keluar result SPM, mula la akak sibuk cari kos. Dah senaraikan kos-kos yang nak dimasukkan dalam upu nanti. Masa tu memang dah nekad nak ambik kos architecture memandangkan dah banyak selidik pasal kos ni. Time tu happy. Akak bagi tahu kawan akak dan dia pun minat sama macam akak. Kami letakkan benda tu as pilihan utama. Walaupun time tu, ada yang cakap kos tu tough sangat. Tapi akak tetap jugak letak. Berani mati sungguh :D. Masa akak sekolah dulu, akak dalam kelas aliran akaun. Minat terhadap akaun agak suam-suam kuku. Walalupun tak pernah fail tapi tetap cakap dalam hati "ish, tak boleh bawak ah akaun ni". Tup-tup masa spm dapat akaun A. Agak terkejut beruk sebab target cuba B je then terus gegas jumpa cikgu cakap "saya dapat A" dan cikgu pun senyum :')). Thanks Pn. Yuen :)). Thanks jugak dekat ckg tuition akaun *terlupa nama dia huhu* yg bagi kata-kata semangat :').

Oh ya kembali kejap ke zaman Form 5, masa spm akak drop addmaths sebab I cannot go lah -.-. Tak pernah lulus, sebab akak bukan otak maths. Serius akak cakap, bab maths memang teruk. Tapi failed addmaths memang normal la kan haha. Then cakap dekat cikgu addmaths, akak nak drop addmaths dan dia cakap "kenapa you nak drop? you okay" ok apa kalau fail. Then masa daftar SPM memang tak ambil addmaths. Wahhh seronok gila tak payah belajar addmaths, time subjek tu, akak dan kawan-kawan lain yang drop buat kenduri lulz. Sama ada guna masa addmaths untuk makan, sembang, buat homework yang tak siap or study. Then muncul pengumuman pasal Matrikulasi. Disebabkan terlalu banyak benda negatif akak dengar pasal matriks IAITU yang cakap matriks ni susah gila weyyyyyy, depa tendang orang kalau tak elok dan bla bla bla. So, akak jadi takut dan tak isi borang matriks pun, plus memandangkan addmaths dah drop, jadi tak boleh apply matriks. Time tu tak kisah pun, pandang borang matriks hujung mata jeee lulz. Sebab lain akak drop addmaths jugak iaitu taknak sijil SPM cacat dengan kehadiran E. Ohh noo memang taknak la kalau tiba-tiba yang lain ok, tapi kat bawah tiba-tiba ada E untuk addmaths. Tidak sanggup! Alhamdullillah, result akak ok. Capai target dan takda cacat-cela dengan E :P hihihi. Cikgu siap puji, dia cakap "bagus kamu drop addmaths, sijil tak cacat" lulz, ingatkan dia nak cakap "kenapa drop addmaths?" :D

Berbalik semula masa nak isi upu. Dah siap ini dan hantar permohonan. Then ada sedara akak tegur dekat fb through chat. Dia tanya apa akak letak as pilihan utama, dan dia cakap "laaa, kenapa tak letak accounting dulu then baru archi". Akak dah tak sedap hati time tu. Then cakap "takpe la, tak minat akaun". Kisah habis di situ.

Bulan April berhenti keje, then dapat interview daripada UTM untuk kos Archi tadi. Mak aii nervous gila time tu. Blank otak sebab tak tahu nak prepare apa untuk interview. Then tanya-tanya orang pasal interview archi macam mana dan orang yang akak tanya ialah akak Belle Yahya. Dia banyak membantu jugak sebab dia archi di UTM.  Cantik orang dia. Cantik dan pandai. Sekarang dia dah grad, kawen dan kerja dah pun. Sehari sebelum interview, hati memang tak tenteram sebab rasa macam mampu ke tak ni. Malam tu, kawan yang ambil sama tu dia kena interview dulu. Then call dia macam mana dengan interview tu. Dia cakap, "aku tak boleh weh, serius teruk gila". Time tu perasaan akak bertambah takut lepas dapat gambaran macam tu. Tidur pun lewat sebab susah lelap mata, dengan risaunya lagi. The next day bangun dengan takda semangat, and gtau mak akak, yang akak taknak pergi interview tu. Mak akak brainwash sikit dan cakap rugi la tak pergi sebab dah datang, bukan dekat jauh dari Penang ke KL. Paksa jugak diri pergi dengan muka tak excited lansung. Perasaan hambar. Setelah habis interview, perasaan lega macam orang cubit buang jauh-jauh. Topic yang ditanya sewaktu interview adalah rahsia. Hehe sorry :). Ia personal.

Rasa macam okay je dan yakin InsyaAllah dapat. Otak memang tak fikir lain, memang hanya archi. Masa hari keluar keputusan upu, akak ada dekat jusco dengan kawan. Satu lagi hari yang paling menakutkan dalam hidup telah muncul. Sama ada dapat atau tak. Itu je yang takut. And yeah akak tak dapat acrhi, begitu juga kawan akak tu. Kawan akak dah lama give up, sebab dia rasa totally stupid masa interview, rasa diri dia tak layak dah. Kos ni tough. Akak pulak sebaliknya, masih berharap. Tapi Allah lagi maha berkuasa, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Akak dapat kos business di UiTM. Perasaan sekali lagi hambar, hancur impian segala-galanya. Yang ada cuma kecewa. *sebak



At the same time, akak dapat form 6. Tak pernah terlintas nak sambung sekolah dah. Ingat kan Form 5 tu ialah pengakhiran zaman sekolah. Tapi tak :). Buat keputusan dalam masa singkat iaitu sehari sebelum daftar form 6 dan tolak Uitm. Orang terkejut kenapa akak tolak uitm, macam tolak rezeki. Orang nak masuk universiti tapi akak tolak. Hati memang tak bersedia untuk Uitm sebab hanya fikir archi, archi dan archi T_T. Pasrah dan move on dengan membawa diri ke form 6. Kononnya time tu tak bersedia ke alam universiti dan masih rindukan zaman sekolah. Kawan akak yang tak dapat tu, dia bekerja dan tunggu 2nd intake. Dia pun tolak tawaran bisness Uitm tu. Kawan-kawan akak yang lain pun tolak Uitm dan masuk form 6. Mungkin kecewa macam akak jugak hehe. Perasaan time tu hanya Allah yang tahu. Terasa diri bodoh sangat sampai tak layak untuk dapat apa kehendak diri nak. Then pelan-pelan bangun dan fikir ni semua ketentuan Allah. Rancang sebaik mana pun, kalau Allah tak izin , maka tetap tak boleh la.

Bila dah nekad sambung form 6, otak still belum terima lagi bahawa akak jadi budak sekolah balik. Memang takda semangat. Cikgu cakap form 6 ni susah. Tak sama dah macam SPM. Lagi tinggi standard dia. Akak cuma pasrah dan just follow the flow. Umpama putus harapan la. Rupa-rupanya, bukan akak sorang dalam situasi kecewa. Ada jugak jadi macam akak then sambung je form 6. OK rasanya boleh sesuaikan diri. Akak dari sekolah convent, jadi bila dah masuk sekolah campur ni jadi janggal. Akak ambil masa sebulan nak sesuaikan diri. Haa gila lama :D. Then sedikit demi sedikit kawan-kawan tinggalkan Form 6 sebab rasa tak sanggup. Ada yang dapat matriks 2nd intake. Akak pulak just stay sebab dah tak buat permohonan matriks. Sedih jugak masa tu, kawan-kawan sekolah lama banyak dah tinggalkan sekolah. Tapi hidup kita mesti teruskan, takkan nak ikut sama stop form 6 kan? Masa lower six memang totally lost especially bm. Bukan lagi bm macam spm tp segala mak nenek hembus tak hembus keluar. E-pepet la, e-taling la. HERGH kepala  serabut!!! sampai ke upper six pun still ada masalah dengan BM. Then bila sabar dan terus belajar. Eeehhh, best pulak bm :D. Itu la tak kenal maka tak cinta :D

Pembelajaran okay tapi kadang-kadang rasa nak give up pun ada tapi tak buat lah. Just terlintas "kalau aku tahu form six susah begini, aku memang tak masuk sejak awal-wal lagi". Keadaan makin teruk masa trial STPM. Keputusan tak begitu memuaskan dan pointer hanya cukup-cukup makan. Rahsia k lulz. Semangat makin luntur, entah kenapa jadi macam tu. Bukan akak saja, tapi kawan-kawan kelas pun sama, padahal STPM sebenar makin dekat. Tak sangka akhirnya berjaya jugak lalui detik masuk dewan peperiksaan. Betul tak sangka! Sampai sekarang still lagi rasa mcm woww aku berjaya bawa diri sampai ke garisan penamat :D. Dan sekarang akak hanya tunggu keputusan yang bakal keluar 18 Mac ini. Takut jugak sebenarnya tapi still boleh kawal perasaan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK! benda yang kak nak tekankan dekat sini ialah, jangan sesekali dengar cakap/pengaruh kawan. Penting ye sebab kadang-kadang kita terlalu terikut menyebabkan kita tersalah pilih. Macam akak terlalu ikut pandangan negatif orang, yang sampaikan kita taknak buat, padahal kita mampu. Contohnya belajar akaun, akak tetap jugak usaha walaupun mulanya macam taknak. Alhamdullah boleh buat jugak. Then pasal matriks tadi, akak tak buat permohonan sebab drop addmaths then terlalu takut dengan pandangan negatif pasal matriks. Kawan akak yang fail addmaths pun dapat masuk matriks and now belajar di UKM. Dia pelajar biasa-biasa saja, tapi dia mampu buat. Akak dah tak boleh, dah terlambat sebab termakan benda negatif tu. Menyesal tu ada sedikit la, tapi takpe kita berbalik pada takdir :).

Kedua, kalau nak buat sesuatu keputusan sila rujuk orang yang lebih berpengalaman dan bukannya kawan. Tanya pendapat guru ke, kawan-kawan yang lebih tua, kawan abg/kak kita ke, guru kaunseling. kadang-kadang kita nak buat sesuatu benda, but then kawan cakap "eh boleh ke tu? kalau aku tak mampu lah". Actually kita akan terjejas disebabkan kata-kata kawan kita tu. Kita pun jadi ragu-ragu balik. Jadi tanya guru or sesiapa yang lebih arif. Boleh search dekat google then tanya la orang dekat e-mail ke. InsyaAllah akan nampak jalan :). Masa nak isi upu dulu, kalau la sedara akak tu muncul lebih awal, maybe akak belajar dalam accounting. Tapi jadi sebaliknya. Takpe ada hikmah.

Ketiga, kita cuba je, mana tahu kot-kot ada rezeki nak dapat kos tu. Akak pun cuba tp Allah lagi tahu mana yang terbaik untuk akak. Takpa akak redha dan yakin ada benda lebih baik menanti akak dekat depan.

Keempat, kita mesti sentiasa fikir positif. Kalau kita fikir benda baik-baik insyaAllah ok. Kadang-kadang terlalu fikir negatif buatkan diri kita tak dapat maju ke depan. Serius, akak pernah jadi macam ni. Terlalu tak yakin dengan kemampuan diri. Kawan pun main peranan jugak. Kalau boleh kita berkawan dengan orang yang suka fikir positif. Benda positif tu akan bagi kesan yang positif kepada diri kita. Contoh, kawan yang bagi semangat dekat kita untuk terus belajar altho fail banyak kali. Contoh ok. Kalau kita terus usaha dan positif, kita pasti boleh. Akak satu lagi akan marah kawan yang terlalu negatif, akak akan cakap "eh belum apa-apa lagi dah fikir macam tu". Oleh itu, pentingnya fikiran yang positif. Entah korang faham ke tak apa akak bebel ni :P.

Bagi yang dapat matriks or tengah dilemma nak ambil ke tak. Akak cadangkan, korang just buat permohonan tu. Dapat ke tak belakang kira. Yang fail addmaths pun boleh dapat matriks. Bukan akak galakkan fail addmaths lulz, cuma nak tekankan bahawasanya masih ada harapan untuk masuk matriks altho addmaths fail :). Lepas dah masuk tu, ubah la cara pembelajaran. Kena usaha lebih sikit ok. Jangan malas-malas macam dulu lagi.

Bagi yang bercadang nak masuk Form 6. Korang kena get ready mentally and physically. Susah tu memang susah la, tapi kalau kita usaha, pasti boleh. Mana ada benda senang dalam hidup. Nak berjaya pasti tempuhi dugaan dulu then baru berjaya. Sama jugak nak kaya, kita kena mula dari bawah then baru kekal kekayaan tu. Kalau nak cepat kaya cara express maka kaya tu jahanam dalam masa terdekat. Same goes to stpm, usaha lebih sikit. Bab permakahan itu belakang cerita, memang stpm agak mencabar minda. Ini bercakap dari segi pengalaman jawab soalan bisnes stpm hari tu, Serius gila betul la. Tak masuk dek akal. Tapi redha jela, dah nama pun sijil tinggi kan hmmmm. Tapi akak ialah sistem terminal akhir. Sekarang dah lain. STPM dah ikut macam matriks ada semester tu semua. Dengar cerita ada pros and cons la. Pape pun, teruskan usaha jangan patah semangat dan bijak pilih kawan. Kawan yang baik akan bimbing kita ke arah baik.

Itu saja penulisan untuk kali ini. Inilah hala tuju akak selepas spm. Tak seindah macam kita bayangkan, kan?. Tapi takpe, banyak pengalaman akak peroleh. Tapi entah la kan, zaman form 6 akak tak rindu pun lulz. Actually nama je belajar kat sekolah tapi totally berbeza. Nak tahu macam mana? cuba la belajar kat sana hihi. Zaman sekolah menengah lama jugak yang akak rindu :')).

Pape pun, doakan akak Wani ni dapat keputusan yang cemerlang ok? Stpm keluar 18 mac ini. Isnin ni woiiiiii! HAHAHAHA entah nak takut or excited. Dua-dua kot. :D. Moga entry ni dapat bagi input sedikit. Maybe tak banyak membantu, akak cuma nak kongsi pengalaman yang ada. Oh ya, kalau akak dapat tawaran uni september nanti, maybe akan ada entry di alam univerisit pulak so nantikan ok ;). Happy reading

P/s: setiap kali sedih dengan keputusan exam, akak akan ingat kata-kata cikgu tuition. cikgu Bakar rasanya, dia cakap bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Kata-kata nilah jadi kata semangat untuk terus berusaha.

1 comment:

  1. tolongg . taktahu nak masookk manaa ???
    mohon bantu ... tolong add ..
    wc-ehhapiez

    ReplyDelete