Monday, March 7, 2011

Aku & Kerja

Assalamulaikum, wahhhhhh rindu lah nak berblogging. Rasa dah lama tak update blog kan kan??

Hari ini ada masa untuk berehat skitt setelah lama bekerja,  hari ini bukan cuti tapi masuk kerja lambat pukul 6. First day masuk kerja semua okay. Oh ya lupa bagi tau wani kerja kedai roti iaitu ' BREAD HISTORY', kerja nie dengar macam senang tapi masuk kerja je dah kena hafal nama roti aiyoyoyo! perkara nie memang mencabar otak betul. Iyelah dah lama tak skolah, so untuk sesi mengingat nie agak lemms la( lembab) hehehe. Walau bagaimanapun, alhamdulillah sehari kerja dah blh ingat nama roti so time jaga cashier tu tak lah terkehel-kehel cari nama roti tu. 

Wani diletakkan sebagai training jaga cashier and wani takut sebenarnya jadi cashier sebab nak jaga duit orang bukan senang. Buatnya duit hilang tuduh wani curi pula. So, bila ada customer tu wani jadi gelisah sikit sebab dalam masa yang sama kena ingat nama roti, kalau nama roti silap, harga pun silap lorrr. Sekarang baru wani tau macam mana jadi kuli kepada cina. For now takde masalah lagi dengan tempat kerja, wani senang sesuaikan diri dengan kawan baru. Kawan wani semua cina kira wani sorang je melayu kerja dekat situ. Kawan wani pula kerja kedai sebelah ( tea n toast) but sometimes dia pun kena datang juga kerja dengan wani.

Kalau kerja pagi memang tangan kena cepat berjalan sebabnya kena susun roti yang fresh untuk senang org beli..then bila sejuk angkat balik roti tu and start untuk paking. Dekat sini tangan memang dah macam ketam. Fuhhhh, selamat kemarin tangan tak melecur sebab terlupa untuk ambil sarung tangan angkat tray panas -.-' !careless betul wani nie. Bila dah habis paking kena pula cuci  tray tadi. Macam tulah kerja shift pagi selagi tak habis paking tak boleh rest lansung...kerja kat situ tak boleh duduk, kerusi pun takdak. So time pegi solat lah masa untuk rest. Nak makan pu tak lalu sebab bau wap roti rasa mual. Oh yaa boleh makan roti free dekat situ dalam 3-4

Kalau masuk shift petang pulak memang tak banyak kerja. Cuma kena pastikan isi roti dalam pinggan and make sure lantai bersih or kena cuci cermin. Then pukul 8.30 p.m kena rekod berapa roti yang tinggal sebab pukul 9 p.m ada buat clearing stock iaitu beli roti 3 bayar 5 ringgit. AHHHH! part nie lah yang rasa pinggang nak tercabut sebab kena promote roti dekat orang. Malu memang malu tapi kena buat jugak sebab boss tengok wani punya performance tapi bila dah buat hilang lah rasa malu tu. Kalau roti cepat habis boleh balik awal and wani pun happy :D tapi kalau roti ada banyak lagi kena tunggu dekat 11 p.m then baru tutup kedai and sapu lantai, check expiry date.

Kadang-kadang rasa macam tak sanggup kerja tapi bila ingat balik dari duduk rumah lagi bosan. Takpelah kerja kejap je pun nanti mayb bulan april akan berenti. Masa time balik malam macam takut sikit sebab ari tu kena kacau dengan orang. Tak tahulah dia itu polis ke apa tapi masa dia kacau tu dia terlanggar tebing hahahahahaha!! hambik ko!!! selamat ada seorang gentleman hantar balik. Eh eh bukan boyfriend tapi kawan sekerja :P. Bila ada shift malam mak la datang ambil.

HAHHHHHH! itulah entry kali ini. SORRY ARR agak panjang kali ini hehe. Baru aku tahu dunia kedai roti sebenarnya

tq for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment