Saturday, December 22, 2018

Young Adult Acne: My way to overcome acne (Eucerin Pro Acne)

Urm.. hey...
I am back after one year and a half of not posting any. You know adult life is super busy until i forgot about my blog. hehehehe, i just checkin if my blog ada lagi orang baca, surprisingly YES! especially pasal my tips to overcome acne. So I thought why not I make or share my skin journey apa yang I practice untuk setahun lebih ni. Just for your info my skin is not that flawless (yet), but its gettin better after I cuba 1 set from drugstore only which is Eucerin acne range.

Ok from my old post i ada pakai cetaphil and still being loyal dgn cetaphil coz it's my holy grail! even curang dgn product lain pun but i'll always go back to cetaphil and it's always in the list. Another info why i kekal guna cetaphil sebab kulit I sensitif and ada waktu-waktu tertentu, kulit i akan breakout. So when it comes to that phase, i akan switch to cetaphil, dia akan calm my skin. Cetaphil is my forever lover gituuu ahaha.

From my last post ada sikit story pasal eucerin kan and teka apa?? I still guna lagi! (duhh tajuk post pun dah terang-terang tulis Eucerin. hek eleh. Dulu i guna Dermopurifyer but now dia dah tukar nama jadi Pro Acne. Personally i suka yang dermo lagi sebab i rasa it's more effective dekat kulit sebab fasa tu nauzubillah punya teruk. Kira that time i beli sebab desperate nak kulit lawa (sekarang pun desperate jugak >.<), i bought sebab dkt packaging eucerin tu claimed akan nampak results within 4 weeks. and it is!!!!! So far that one was the best product yang menjadi after i stop guna tidact due to kulit i dah immune. Kesan dia mmg slow tapi menjadi sebab dia matikan jerawat dan parut-parut muka. Muka i sumpah buruk sampai ada orang tegur "eh muka tu cuba pakai bedak sejuk" padahal time tu dah beratus habis duit every month sebab try and error product. So kita senyum jelah. That time mmg bare face je pergi kerja so parut-parut dgn jerawat memang terserlah habis. 

I used to have clear face waktu sekolah menengah and kalau naik pun just mcm nasik small dot camtu. Sampai lah masuk form 6 and final year terus muncul detik-detik  hitam dalam hidup. I guess perubahan hormon and stressed buat jadi macam tu. I memang pemalas bab skincare sampai la rasa insecure tengok perempuan zaman sekarang flawless nak mati, like korang flawless macam mana weh, telur ke kulit tuuuu. So nak taknak umur 24 baru la i ada skincare routine  AHAHAHAHA. Bahawasanya I memang perempuan malas. So back to eucerin, mula-mula i beli loose item dulu sebab time tu agak takut kalau kulit tak sesuai plus consider mahal jugak utk drugstore, so i bought cleanser sebab ada sale. Next month pulak i beli toner pun time ada discount. So muka I ni every motnh akan ada je dkt Watson or Guardian utk compare harga. After i rasa okay kulit macam sesuai ni, baru lah i purchased 1 set yg dalam kotak tu sebab kira-kira balik lagi murah! If guna set or loose item boleh tahan dekat 6 months! but now dah takda set mcm tu ye korang, korang kena beli satu-satu. Ok bagi baru yang nak mencuba better korang beli Eucerin Pro Acne toner and cleanser je if taknak duit bazir sebab please bare in mind ye tak semua sesuai. Korang kena try and error jugak. Like my friends guna tak menjadi sebab they said its too drying. Well I ada tips utk elak drying tu. So korang baca and ikut  je okayyy. 

      























Here's my skincare routine untuk orang malas tapi at the same time nak flawless:
Step 1: Cuci muka macam biasa (jgn lebih dari 2 kali sehari nnt over drying)
Step 2: Cetaphil cleanser for all skin type.
Step 3: Pro Acne toner
Step 4: any moisturizer - cepathil moisturizer for face and body

So this my step yg i amal BUT dekat sini tips yg i nak highlight tu if kulit you jenis sensitif or combination tend to dry, better pakai eucerin cleanser tu sehari sekali je if noticed kulit rasa kering. Waktu ni lah korang boleh guna 2nd cleanser pilihan korang yg mild/ soap free. Macam I akan guna cetaphil lah sebab tu je yang i rasa selamat utk my sensitive skin. Kulit i banyak cekadak so can't simply try any products. After dah cuci, guna lah toner dgn cotton pad, kalau ada jerawat gently press, sometimes jerawat yg naik putih2 tu terus akan pecah and kecut. So toner dia mmg best (dermo dulu lagi best sbb sekali lalu je dah pecah jerawat, pro acne kureng sikit, ikut nasib u lah). Last step pakai lah any moisturizer yg korang suka, again for me akan pakai moisturizer tapi waktu malam je sebab I tak suka ada benda-benda dekat muka waktu pergi keja, mmg bare face. Lagi bagus kalau korang nak add more step pakai sunblock ke apa, that one optional lah. 

I banyak focus dekat kulit time malam sebab waktu tidur la kulit kita akan repair. Waktu siang just cuci and toner. Waktu kulit berjerawat please please please jangan pakai any single makeup, try to avoid benda berat sapu dekat muka sebab taknak clog your pores lagi. This is what i did for the past 6 months untuk heal jerawat sampai orang tegur "eh muka dah ok, pakai apa?, anak akak pun berjerawat". That time i rasa alhamdullillah muka dah okay even not flawless. Tinggal parut-parut degil dengan jerawat sikit-sikit ok lah tu. Kulit i jenis sensitif, jerawat jenis ruam kecik-kecik and gatal, not sure if hormone ke apa, dia banyak naik area pipi ke bawah dengan dagu (fav spot). So according to my research, i mmg ada masalah penghadaman coz I lactose intolerance which is perut i tak boleh accept benda bersusu but i freaking love cheese and milk. So within healing period tu, try la avoid kejap benda2 bersusu yang boleh trigger jerawat. For me try to find your root cause first, apa punca sekian-sekian bila makan sekian-sekian. I started to notice i ada masalah ni bila waktu intern, selalu breakfast milo and milk coffee. haa time tu mmg naik jerawat dengan jayanya lepas tu dengan stress thesis lagi. Pastu i ada habit kalau stress, jerawat tu akan gatal and dalam tak sedar tangan dah korek-korek jerawat tu and make it even worse.   

After I habis degree and start keje, muka i jadi teruk balik disebabkan I jual 1 skincare product dekat IG and then product yang i guna tu suddenly owner dia switch to other ingredients due to nak save cost. Kulit i completely tak boleh accept after guna within 3 days terus naik rashes, merah2, gatal, semua lah. Terus rasa depressed kejap sebab kulit i tak pernah teruk macam tu. So again product yg dia claim organic ke apa belum tentu suits your skin. It's all about nasib. Kalau jadi, jadilah. if tak better buang terus okay.

       





Sorry fasa teruk salah product dah delete pulak, tinggal yg tudung hijau je masa tu baru few months pakai Eucerin, still nampak scars dekat pipi, small jerawats dkt dagu. My skin akan ada fasa-fasa dia akan naik tapi still under control. The key is kena consistent! Kalau malas and tak jaga makan ada je naik balik hmm. Till then nanti I share benda lain pula. 

XO.

Saturday, June 24, 2017

24-year-old and still struggling with acne

Assalamualaikum and helloooooooooo

Salam Ramadhan even dah penghujung eheks.Saja nak melawat blog since rasa dah lama gila tak masuk sini. Maklumlah dah busy dengan kerja. Masa tu memang fikir nak rehat je.

Hmmm..
Wani tak sangka still banyak lagi yang tanya pasal tidact and cetaphil. To be honest, tidact still guna tapi jarang coz my skin cepat immune! once in awhile wani akan sapu dekat giant acne, boleh la nampak dia shrink juga. Actually Wani still lagi dikejar dek jerawatsss. Yup dah 24 woii still berjerawat nih apa cerrr.

Kisah dia Wani ada cuba local product, first time cuba waktu dekat universiti sbb kawan guna menjadi dengan dia. Plus its organic so why not just cuba. happy untuk one year then i noticed that I'm allergic to dairy/milk. which means "lactose intolerant". Susu is life kot. Cheese is my favorite even allergic i tetap bantal makan jugak. Muka buruk tolak tepi. ok move on tetiba cakap pasal makanan HAHA.

Lepas tu, skincare tu tukar cream buat new formulation.
OK KAT SINI SANGAT PENTING!! kalau kulit korang jenis bapak nak mati sensitive. jangan gatal-gatal nak cuba product. Selidik dulu. That time i take it lightly sbb kabur dengan perkataan organic. I thought ok lah since its organic kan so it would suits for everyone kotttt. I cuba and my face started to feel itchy, red on my cheeks, ruaammmm ya ampun gatal!. So I stop ingat muka terkejut. About 3 days after, I cuba lagi and it's getting worst! Nightmare habis. Benda ni baru terjadi about last month.

That time memang depressed habis, menyampah tengok muka, pipi merah. Colleagues tegur, makcik cleaner tegur "hg tak sapu bedak sejuk ka? OMG STRESS.

I stop immediately and berbalik guna drugstore product cetaphil cleanser and cream *my penyelamat like always* sbb muka kering and merah. Still takut nak cuba skincare then tergerak hati nak cuba Eucerin. So godek-godek, did some research pasal Eucerin, that time memang terdesak, malu nak jumpa orang. Even nak masuk sasa pun segan, u guys tahu la kan staff kat sana semua kulit flawless. Ada one time tu tengah nak survey Avene, sekali tergaru jerawat pulak depan staff Sasa, terperasan dia tengok. Dengan rasa malu terus jalan keluarr T_T. So dengan rasa terdesak terus beli Eucerin since its Dermatology Approved kan.

Been using it about 3 weeks until now, Alhamdullillah syukurrr my skin is getting better. Tinggal parut and few jerawat kecik2. Even naik jerawat pun dia cepat kecut/ masak. then parut pun cepat fade.Taknak mintak banyak, memang dah rasa kulit dah okay, kurang gatal. Dekat kotak Eucerin it claims matikan bacteria and prevent it from reoccur, which means dia matikan bacteria jahat dkt tempat berjerawat!


I bought one set for acne Dermopurifyer and you can notice the result after 2 weeks! tu yang syiookkk.




fyi, I bought  this with my own money bukan kena bayar untuk buat review. The reason I write this entry is to help others yang tengah struggle dengan acne. I know ada yang tak sesuai, tapi kalau just dengar cakap orang tapi tak cuba dulu. Korang takkan tahu dia ok ke tak.

Next entry if rajin haha, Wani akan share how to use Eucerin Dermopurifyer .  Wani ada jugak mix dengan product lain untuk umphh kan lagi the effectiveness. tapi nantilah, kalau tak akan panjang gila entry ni.


see ya next time.. sabar lah korang

XOXO



Saturday, August 20, 2016

A New Life

Assalamualaikum,

I've been away quite a long time and did not update my blog too since I was so busy (before raya) with practical and thesis. Thank to god I managed to finish and hand it on time. Actually lagi 2 hari nak raya submit complete thesis. Memang jiwa gila teruk masa tu sebab terkejar-kejar. Even coordinator cakap boleh je submit after raya but NOPE! Aku kena hantar jugak on that particular date. Yeah that's me. Kerja kena siap on time! 

Alhamdullilah everything went well. Thanks to Miss Nani which is my lovely supervisor. Garang tapi baik coz I know she wants the best for us. Korang nak tips viva tak? if nak comment down below okay. but tips biasa je pun haha. Nothing special.


Actually result for this last pengajian dah keluar pun hahaha. Alhamdullillah merasa la jugak 4 flat LOL padahal 1 subjek je pun which is thesis but hello sakit jiwa ok sebab aku jenis tak suka research. So, it still tough for me. Lain orang lain rasa. *ahh taknak bayang waktu perit*. Right now tak buat pape. Cuma nak apply kerja yang sesuai dengan diri ini. Aku tak suka marketing tapi aku major in marketing. you know what, apa aku belajar tu macam tak relevan dengan dunia kerja. Tak guna pakai pun. So aku nasihatkan, jangan berharap lebih or expect bahawasanya apa you belajar then you nak kerja dalam field tu jugak. But it depends dekat diri you. if you suka, just stick la. 

Sekarang ni masuk fasa pekerjaan pula. Pressure dia lain macam sebab kau fikir " Alamak aku kena cari kerje, membe aku dah banyak kerja ni". Yes people, pressure sebab orang pulak. Aku cuba untuk chill sambil minum air kelapa dan fikir tu semua rezeki masing-masing. Sebab apa? Sebab aku tak apply kerja lagi, so macam mana offer nak datang HAHA. 

Sebenarnya takut jadi orang dewasa. Sumpah takut, Takda orang nak spoon-feed kau lagi. NOBODY. Kau nak minta duit dekat mak ayah pun akan rasa segan. Dah besar panjang wei. Kena cari duit sendiri. Aku pun dah bersedia kalau susah nak dapat kerja sebabnya aku hadapi waktu yang teruk masa nak cari tempat practical. Susah nak mati sampai nangis sorang-sorang. Memang last minute gila. Bayangkan waktu tu tengah exam dan kau tak dapat tempat practical lagi. Serabut gila. Tapi yang manisnya, rupanya yang lambat tu baik. Aku dapat tempat yang sangat dekat. 5 minit dah sampai office. HAHAHA. tapi pahitnya ada jugak which is aku tak boleh cerita. 

  
  
 Rasa nak buat ucapan dekat diri sendiri:

"Tahniah wani sebab berjaya habiskan pengajian walaupun kau tak rela/ ikhlas lansung waktu tu. Hidup universiti tak berapa indah tapi alhamdullah dah habis. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kau even kau belum nampak lagi sekarang ni. Aku harap kau tabah hadapi cabaran seterusnya sebab selagi kau berada dekat bumi ni. Selagi itu cabaran takkan putus. InsyaAllah akan ada manisnya suatu hari nanti" 

Thursday, May 19, 2016

Apple Cider Vinegar/ Cuka Apple: as toner to kill acne

Assaalamualaikum,

Hye my dear readers, tetiba ada mood rajin lah nak update blog ni haha, but ada lagi ke baca blog aku nih? Cuba hampa comment sikit! Malu? it's okay watpa nak malu hihihi.

So currently I'm working on my thesis, dah habis practical dan berjaya menternak lemak dengan jayanya, still single, 23 and seorang yang boring! but still suka makeup + fashion yang kadang-kadang towards boy-ish kinda look, kadang-kadang insaf jadi perempuan pakai skirt. Yeah kekeliruan identiti! Tahniah kerana dapat faham apa aku type! hahahaha.


Regarding cetaphil and tidact topics, I AM NO LONGER USING CETAPHIL. Why? Actually tiada sebab it just that aku cepat boring so kena tukar-tukar! Currently i am trying new scrub in order to cure my acne. HMMM so far ok lah. I am satisfied! Wanna know? gtau nanti iols update tapi tak janji bila, sebab aku update blog bila ada mood! Tapi rasa nak share lah since i know having acne at the age of 20++ is not cool okay! macam aku dah umur 23 still berjerawat. Kadang-kadang acne keluar melampau. Entah hormon tak stabil ke/ salah makan ke/ stress ke. Atau kesemua faktor tu.

Recently, aku just figured out yang aku sebenarnya allergic with dairy products which it is my favourite! it started to breakout after i ate banoffee pie! argghhh tapi aku telan jugekk! if you guys wanna know whether aku berjaya atau tak get rid of my acne? jawapan dia ada good and bad day la. Sometimes okay, sometimes nauzubillah sabar jelah. Silap makan memang terus naik macam-macam!


Sekarang i just try any products or remedies unutk kill acne. Which is aku try apple cider vinegar. At first macam uishh tajam kot tapi bila keadaan menekan tertekan dan ter ter lain... aku pasrah lalu terus sapu dekat muka! Bau jangan cakap la memang busuk, but what to do i dont have any other choices. gamble jelah kiranya. So I did some small research dekat youtube regarding the benefits of ACV untuk bagi confident dekat diri. I did notice some changes which is jerawat cepat kecut dan masak!  but please jangan sapu kalau luka, maunya mengelupur nanti >.<"


Macam mana guna ACV?
Tuang dalam botol yang senang korang nak guna, beli je dekat Mr DIY belambak. Then tuang acv separuh botol then mix it with water sampai penuh. campur dengan air sebab takut pedih. Kalau taknak hmmm gua tak jamin! haha.

Usually aku sapu dekat muka bila dekat rumah and malam before tidur is wajibbbbb. Biar kering then kalau nak sapu tidact or any night cream sila teruskan.

Selamat mencuba! nanti gtau feedback dekat sis okay! Or nak share apa-apa tips pun okay ^_^

Sunday, September 20, 2015

A review: Nivea Pure & Natural Cleasing Face Toner

Assalamualaikum..

Good evening everybodehh. This beautiful evening (not really, still jerebu) i would like to share my very first toner (lame me). Macam mana hati tergerak nak pakai toner? well to be honest i am very scared when it comes to toner, before this I always think that toner is very harm to your skin because the ingredients itself yang bau mencengkam hidung. Baru bau dah sakit hidung then you expect me to sapu on my face? BIG NO!..no way. But this Nivea toner has changed my perception towards toner  (big applause). FYI, this is not a sponsored product or etc, this is just my story :).


If you look at the ingredients, semuanya dia guna benda organic. I'm a organic freak tehee. since my skin is sensitive so it's a big yay for me to try. Actually ada orang recommend this toner to me if tak aku pun tak tahu wujudnya toner ni HAHA.

bestnya toner ni:
1.dia tak menyakitkan or pedih
2.tak rasa menyengat or tak selesa after sapu
3. it is organic
4. the price is affordable and mampu milik untuk student, around RM 15 ++
5. bau wangi lembut tak sakitkan hidung

Makanya dengan ini cuba la, anda takkan menyesal :D

Tuesday, August 4, 2015

oh Hai!

Assalamualaikum..

So hari ni dah hari kedua bebas daripada finals oyeahhh..I know i'm the last one yang habis exam. UiTM kan selalu jadi paling last compared to other universities, but it's okay. I feel really happy sebab berjaya habiskan exam tanpa gangguan emosi (ok ada sikit). This sem is really tough since dah second year kan, so banyak paper yang 4 credit hour. Harap lulus semua jela even rasa takut dengan satu paper ni. Jangan kantoi oiii T_T. I already did my best and the rest I will just leave it to Allah. Tawakal beb.

Tup tup dah habis second year wowww...rasa macam baru je masuk dengan tanpa rela hati tetiba dah ehh nak masuk sem 5 dah. excited plus takut bila fikir habis je belajar nak masuk alam pekerjaan pulak. About master, maybe akan sambung since mak berharap aku sambung direct. Dia takut if aku start keje, aku dah malas belajar. apatah lagi kawen memang terus tak belajar. itu yang dia takut lah. Aku pulak rasa macam Ya Allah azabnya sem ni, rasa dia macam dah final year kot. Serabut dengan research. Tak cukup tido tu jangan cakap la, memang lumrah orang belajar kan. aku manage masa memang ngam untuk buat keje waktu malam. Tapi takpe, sedapkan hati nanti sem 5 relax skit, no more research.....tapi....sem 6 ada untuk viva. ahhhh fikir kemudian :P.

hmm what else?? oh pasal visitor yang leave all the comments tu, nak cakap sorry sangat because i rarely open my blog. sometimes terlupa HAHAHA but hey I do reply cuma lambat skit hihi. so yeah that's all kot.

Dengan rasminya aku nak umumkan hang dah habis second year hurrayyy.. one year to go for graduation InsyaAllah Amin :'D

Wednesday, April 22, 2015

about tidact again

Assalamualaikum...

Dah lama tak jenguk blog ni. Kadang-kadang terlupa kewujudan blog hehe sebab sibuk dengan belajar. Alhamdullilah sekarang dah semester 4, kalau semua ok insyaAllah next year habis la belajar ni. Harap dapat habis belajar on time amin.

Pasal bab blog, wani banyak dapat feedback pasal gel jerawat Tidact. For your information, Tidact tu bagus untuk jerawat, tak kira la teruk mana pun. Wani suggest tidact ni bukan dapat duit pun tapi cuma nak share apa yang Wani guna untuk atasi masalah jerawat. Tapi tidact ni ambil masa jugak depends jenis kulit. Untuk wani muka jenis jerawat halus aka pasir, about a month baru nak okay TAPI kena DISIPLIN sapu every night. Sesetengah ubat yang bagi kesan cepat ni kadang-kadang bahaya, tapi dengan tidact ni insyaAllah okay. Lagi pun tidact ni ubat terkawal, kena minta dekat kaunter farmasi sebabnya dorang simpan dalam cermin. Harga maybe dah naik, dulu wani beli ada yang RM 13, RM 16.. Ada yang beli dekat klinik, doctor jual sampai RM30  ++. Oleh itu jadilah pengguna yang bijak HAHA, survey dulu banyak tempat then baru beli.

Kalau nak sapu tidact, waktu jerawat agak-agak baru nak naik manja-manja tu terus sapu. Esok bangun dia dah kecut and terbantut nak tumbuh hihi. Kadang-kadang dia masakkan jerawat tu sampai naik nanah, So, picit terus jerawat tu dengan besi buang blackhead. Besi tu boleh je beli dkt watson/ guardian, tesco or mana-mana lah mesti ada punya. Picit dengan tu parut tak lekat, kalau picit guna kuku lekat.

  

So far diri ni terlupa nak sapu, perasan kulit dah licin, but then bila naik banyak-banyak tanpa sedar baru gelabah nak sapu balik. Almost 1 year and a half , I am still loyal to tidact sebab tak jumpa produk lain yang bagus dari ni.



That's it fow now, anything tanya lah, I will response to your questions tapi lambat sikit la hihi. Bye